Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia
diMadinah.
Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita
tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang
yang buruk percakapannya.
Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita
(tukang memandikan
mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang
sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,"kemaluan inilah
yang dipakainya untuk berzina!"
Astaghfirullahhalazim, tiba-tiba kedua tangan wanita itu
melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. Ia berusaha untuk
melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal. Orang-orang yang berada d luar yang
sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita
itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa
yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan
hal tersebut kepada beberapa ulama' di Madinah.Ada ulama' yang menyuruh tangan
wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh
mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan
mayat tadi.
Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan
tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian
tubuh mayat itu.Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya
kepada Imam Malik bin Anas r.a.
Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang
ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang
mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik
hijab),"katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat
ini?"Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,"Aku telah menuduhnya
berbuat zina ketika aku memandikannya!"
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata
kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,"Wanita tukang mandi
itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala,menuduh
seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai
4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.Kalau hukuman itu
telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si
mayat...". Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan
wanita itu terlepas dangan sendirinya!
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita
sayang...
seucap janji membuat kita percaya..sekecil luka akan membuat kita kecewa.. tetapi..sebuah persahabatan akan
selamanya bermakna.."
No comments:
Post a Comment