pak kasim seorang yg tamak harta.. dia
menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya
sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak
pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah
3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib
berkumandang. .pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman
gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk
menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni"
"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik
perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim
takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
"bismillahirrahmani rrahim... " seman pun turut membaca bismillah
dengan lantang... "bismillahirrahmani rrahim... " aisyh! pelik
menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat..
getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah
al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah
seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus
berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang
kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku
ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman
turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan
diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman
terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim
tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan
badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya
kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena
berlari.."
No comments:
Post a Comment